Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Tingkatan 6: Panduan Kelayakan, Lokasi, Subjek & Cara Memohon

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan rayuan jika ingin bertukar Kolej/Pusat Tingkatan Enam?

Permohonan rayuan pertukaran perlu dikemukakan melalui emel ke Pejabat Pendidikan Daerah menggunakan Borang P.U.(A) 275 Jadual Ketiga. Pihak sekolah akan membantu murid tanpa capaian internet dengan kaedah yang bersesuaian.

Bolehkah saya menukar bidang (Sains atau Sains Sosial) pengajian dan bilakah tarikh permohonan tersebut?

Ya, permohonan menukar bidang boleh dikemukakan melalui emel kepada Kolej/Pusat Tingkatan Enam yang ditempatkan. Pihak sekolah akan membantu murid tanpa capaian internet mengikut tarikh yang ditetapkan.

Saya telah menolak tawaran Universiti Awam/IPTA/IPTS, bolehkah saya memohon ke Tingkatan Enam?

Boleh. Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di pautan ini dengan mengisi borang rayuan umum kemasukan ke Tingkatan Enam. Pihak sekolah akan membantu murid tanpa capaian internet dengan kaedah yang bersesuaian.

Apakah pakaian murid Tingkatan Enam?

Pakaian murid adalah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014.

  • Lelaki: Baju kemeja dengan seluar panjang, kasut, dan stoking.
  • Perempuan: Baju kurung, gaun labuh/jenis jubah, two-piece/three-piece suit pants, atau pakaian tradisional yang bersesuaian.
    Pakaian denim, jean, cargo pants, seluar pendek, legging, dan pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan. Murid dilarang memakai kemeja-T semasa kelas dan hendaklah berpakaian kemas dan sopan. Pakaian seragam sekolah juga boleh dikenakan jika perlu.

Tingkatan 6 adalah laluan penting bagi pelajar lepasan SPM yang mahu melanjutkan pengajian ke universiti. Penjenamaan semula dan peningkatan mutu pendidikan menjadikannya setanding dengan program prauniversiti lain di Malaysia. Program ini menekankan pengembangan kemahiran akademik dan kokurikulum, mempersiapkan pelajar untuk cabaran masa depan. Kualiti pengajaran yang dipertingkatkan memastikan pelajar dapat mencapai kecemerlangan akademik dengan lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *