Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Tingkatan 6: Panduan Kelayakan, Lokasi, Subjek & Cara Memohon

Keputusan peperiksaan setiap Semester akan diberikan, dan murid boleh memperbaiki keputusan S1 dan S2 melalui peperiksaan U1 dan/atau U2. Penilaian keseluruhan STPM adalah kumulatif daripada keputusan terbaik bagi ketiga-tiga Semester.

YURAN

Yuran peperiksaan bagi empat atau lima mata pelajaran adalah percuma untuk calon dari Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan. Namun, calon dari sekolah swasta dan persendirian individu masih dikenakan yuran.

Kod Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam Semester 1 Sesi 2024

Penampilan Pelajar Lelaki:

  1. Baju kemeja (polos/jalur/petak), lengan pendek atau panjang tanpa dilipat, dengan tali leher.
  2. Seluar slack gelap.
  3. Berstoking melepasi buku lali.
  4. Kasut hitam (kasut kerja).
  5. Baju Melayu lengkap dibenarkan pada hari Jumaat.
  6. Pakaian ketat, jarang, warna terang, denim/jeans tidak dibenarkan.
  7. Potongan rambut pendek dan tidak berfesyen.
  8. Pakaian unit beruniform wajib pada hari Rabu (mengikut unit yang ditetapkan).

Penampilan Pelajar Perempuan:

  1. Baju kurung lengkap.
  2. Berstoking melepasi buku lali.
  3. Berkasut hitam (kasut kerja bertumit rata atau rendah).
  4. Bertudung sehingga menutupi dada (pelajar Islam).
  5. Pakaian ketat, jarang, warna terang, kain terbelah, purdah, denim/jeans tidak dibenarkan.
  6. Pakaian unit beruniform wajib pada hari Rabu (mengikut unit yang ditetapkan).

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pengajian Tingkatan 6, sila rujuk Soalan Lazim dan info di pautan berikut:

Latar Belakang 
Objektif
Matlamat
Piagam Pelanggan Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam
Kerangka Konseptual 
Syarat Kemasukan 
Penjenamaan Semula
Tempoh Pengajian
Pusat Tingkatan Enam
Kurikulum 
Kokurikulum 
Pentaksiran & Yuran

Soalan Lazim

Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Semester 1 selepas keputusan SPM diumumkan?

Tidak perlu. Calon lepasan SPM yang layak dan memenuhi syarat akan ditawarkan ke Tingkatan Enam secara automatik.

Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke Tingkatan Enam?

a. Syarat am: Lulus SPM dengan kepujian dalam Bahasa Melayu dan berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2021.
b. Syarat Khas:

  • Bidang Sains: Tiga kepujian dalam mata pelajaran sains dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit.
  • Bidang Sains Sosial: Tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit.

Bagaimanakah cara membuat semakan keputusan dan pendaftaran ke Tingkatan Enam Semester 1 tahun 2022?

Murid boleh menyemak keputusan tawaran dan mendaftar secara dalam talian di Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam. Bagi murid tanpa capaian internet, pihak sekolah akan memaklumkan keputusan tawaran dan menyampaikan surat tawaran.

Sekiranya saya tidak memenuhi syarat kemasukan ke Tingkatan 6, adakah saya boleh membuat permohonan rayuan?

Ya, rayuan boleh dibuat secara dalam talian di pautan ini dengan mengisi borang rayuan. Pihak sekolah akan membantu murid tanpa capaian internet dalam proses rayuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *