Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Tingkatan 6: Panduan Kelayakan, Lokasi, Subjek & Cara Memohon

BilKodMata Pelajaran
1.900Pengajian Am
2.910Bahasa Melayu
3.911Bahasa Cina
4.912Bahasa Tamil
5.913Bahasa Arab
6.920Literature in English
7.922Kesusasteraan Melayu Komunikatif
8.930Syariah
9.931Usuluddin
10940Sejarah
11.942Geografi
12.944Ekonomi
13.946Pengajian Perniagaan
14.948Perakaunan
15.950Mathematics (M)
16.954Mathematics (T)
17.958Information and Communications Technology (ICT)
18.960Physics
19.962Chemistry
20.964Biology
21.966Sains Sukan
22970Seni Visual
23932Tahfiz AL-Quran

Baca juga:

Kolej Tingkatan 6

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengklasifikasikan pusat Tingkatan 6 kepada tiga kategori:

  1. Kolej Tingkatan Enam (Mod 1): Sekolah dengan sekurang-kurangnya 12 kelas khas untuk pelajar Tingkatan Enam.
  2. Kolej Tingkatan Enam (Mod 2): Sekolah arus perdana dengan blok atau bangunan berasingan untuk pelajar Tingkatan Enam.
  3. Kolej Tingkatan Enam (Mod 3): Sekolah dengan kurang daripada 12 kelas, terutamanya di kawasan luar bandar.

Struktur Pengajian Tingkatan 6

Pengajian di Tingkatan 6 berlangsung selama 1½ tahun yang dibahagikan kepada tiga semester:

  1. Semester 1: Mei hingga November (26 minggu)
  2. Semester 2: Januari hingga Mei (20 minggu)
  3. Semester 3: Mei hingga November (26 minggu)

Setiap semester melibatkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), kerja kursus, dan peperiksaan semester.

Syarat Kemasukan ke Tingkatan 6

Syarat Am:

  • Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun semasa.

Syarat Khas:

  • Bidang STEM: Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi tiga mata pelajaran yang ditetapkan.
  • Bidang Sains Sosial: Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi tiga mata pelajaran yang ditetapkan.

Untuk pelajar Sekolah Menengah Agama, terdapat syarat tambahan mengikut bidang dan jenis sekolah, termasuk gred minimum dalam mata pelajaran Bahasa Arab.

Semakan Tawaran & Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 6 Tahun 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 tahun 2024 akan diumumkan pada 21 Jun 2024. Murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 boleh menyemak keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ atau melalui sekolah asal jika tiada capaian internet.

Untuk mereka yang tidak menerima tawaran, permohonan rayuan boleh dilakukan dalam talian dari 3 hingga 17 Julai 2023 melalui pautan yang sama, atau melalui sekolah masing-masing bagi yang tiada akses internet.

Pentaksiran & Yuran

Pentaksiran Tingkatan 6 terdiri daripada peperiksaan akhir berpusat dengan wajaran antara 60% hingga 80% dan kerja kursus dengan wajaran antara 20% hingga 40%, bergantung pada mata pelajaran. Murid wajib menduduki peperiksaan akhir berpusat S1, S2, dan S3 serta melaksanakan Kerja Kursus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *