Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Tingkatan 6: Panduan Kelayakan, Lokasi, Subjek & Cara Memohon

Tingkatan 6 merupakan salah satu laluan pendidikan pasca menengah yang ditawarkan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program ini beroperasi di sekolah-sekolah menengah harian yang ditaja penuh oleh kerajaan dan dibahagikan kepada dua aliran utama: Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) serta Sains.

Program ini berlangsung selama tiga semester, di mana ia bertujuan untuk mempersiapkan pelajar dengan kemahiran kognitif, manipulatif, dan insaniah (soft skills) untuk menghadapi pendidikan tinggi.

Pengenalan Tingkatan 6

Sejak lebih 50 tahun yang lalu, Tingkatan 6 telah menjadi salah satu pilihan pendidikan pasca menengah di sekolah menengah harian. Pelajar yang telah menyelesaikan pengajian menengah atas dan memenuhi syarat-syarat kemasukan berpeluang melanjutkan pengajian ke Tingkatan 6. Program ini terdiri daripada dua aliran utama, iaitu Sains Sosial dan Sains, yang ditawarkan di sekolah-sekolah menengah seluruh negara.

Objektif Tingkatan 6

  • Meningkatkan taraf pendidikan pelajar ke tahap yang lebih tinggi.
  • Menyediakan pendidikan berasaskan sistem penggal yang berdaya saing.
  • Menawarkan pendidikan yang setaraf dengan program prauniversiti lain seperti Matrikulasi dan Pusat Asasi.
  • Melahirkan graduan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mempunyai nilai kebolehpasaran tinggi.
  • Membentuk kepimpinan dalam kalangan pelajar yang mampu menyokong aspirasi nasional melalui perpaduan, patriotisme, dan jati diri.

Penjenamaan Semula Tingkatan 6

Dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan Tingkatan 6, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan penjenamaan semula program ini sebagai sebahagian daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Antara matlamat penjenamaan semula ini adalah:

  • Memperkasakan pendidikan Tingkatan 6 agar setaraf dengan pendidikan lepasan menengah yang lain.
  • Mengubah persepsi masyarakat terhadap pendidikan Tingkatan 6.
  • Membangunkan nilai kepimpinan tinggi dalam kalangan pelajar.

Penjenamaan semula ini memberi fokus kepada lima aspek utama:

  1. Imej dan Anjakan Minda
  2. Info dan Infrastruktur
  3. Pengurusan dan Pentadbiran
  4. Mod Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
  5. Kurikulum

Semakan Tawaran dan Permohonan Rayuan Tingkatan 6

Setiap tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia membuka peluang untuk pelajar menyemak tawaran kemasukan ke Tingkatan 6. Bagi tahun 2024, semakan tawaran dan permohonan rayuan bagi kemasukan ke Tingkatan 6 Semester 1 boleh dilakukan mulai 21 Jun hingga 1 Julai 2024. Pelajar yang layak dikehendaki melapor diri ke kolej/pusat Tingkatan 6 pada 1 Julai 2024.

Untuk membuat semakan, pelajar boleh melayari laman sesawang berikut: https://sst6.moe.gov.my.

Senarai Mata Pelajaran STPM

Pelajar yang mengikuti Tingkatan 6 akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Di bawah sistem pentaksiran baharu STPM yang dilaksanakan sejak 2012, pelajar dikehendaki memilih empat atau lima mata pelajaran, termasuk Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib. Berikut adalah senarai mata pelajaran yang ditawarkan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *