Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bermula 12 Ogos 2024

Bagi penerima di Semenanjung Malaysia, elaun bulanan sebanyak RM100 untuk Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan, serta RM50 untuk golongan Bujang, akan disalurkan secara bulanan melalui MyKad. Pembayaran pertama bermula 22 Januari 2024, diikuti bayaran seterusnya pada 1 hari bulan setiap bulan seperti berikut:

Kategori STR
(Miskin dan Miskin Tegar)
Kategori STR
(Miskin dan Miskin Tegar)
BulanIsi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan Bujang
Januari 2024RM 100RM 50
Februari 2024RM 100RM 50
Mac 2024RM 100RM 50
April 2024RM 100RM 50
Mei 2024RM 100RM 50
Jun 2024RM 100RM 50
Julai 2024RM 100RM 50
Ogos 2024RM 100RM 50
September 2024RM 100RM 50
Oktober 2024RM 100RM 50
November 2024RM 100RM 50
Disember 2024RM 100RM 50
JumlahRM 1200RM 600

Jumlah keseluruhan bagi tahun 2024 adalah RM1200 untuk Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan, serta RM600 untuk Bujang.

II) Penerima Sabah / Sarawak

Bagi penerima di Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan, bayaran RM600 akan disalurkan dua kali setahun pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024. Bayaran ini akan dikreditkan ke akaun bank penerima atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara.

Cara Beli Barangan Bantuan SARA 2024

Setelah penerima di Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan ke dalam program SARA, elaun bulanan sebanyak RM100 untuk Isi Rumah dan RM50 untuk Bujang akan disimpan dalam akaun MyKad mereka melalui sistem MyKasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *