Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

STR Fasa 2: Semakan & Jumlah Bayaran Bermula 3 April 2024

Soalan 8: Saya telah lulus permohonan STR 2024 pada Mei 2024 dan telah menerima bayaran bagi fasa 3. Adakah saya juga akan menerima bayaran bagi fasa 1 dan fasa 2?

  • Jawapan: Tidak. Kelayakan STR 2024 hanya memerlukan pembayaran untuk fasa 3 dan fasa 4 sahaja kerana permohonan dikemukakan selepas pembayaran fasa 2 berlaku.

Soalan 9: Sekiranya saya ingin mendapatkan bayaran STR 2024 bermula daripada fasa 1, bilakah saya perlu membuat permohonan?

  • Jawapan: Anda perlu membuat permohonan STR 2024 dalam tempoh dari 1 November 2023 hingga 30 November 2023 dan permohonan tersebut mestilah berstatus lulus untuk menerima bayaran dari fasa 1 hingga fasa 4.

Lupa Kata Laluan STR

Jika anda terlupa kata laluan untuk log masuk ke akaun MySTR, anda perlu menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan di Portal BKM sebelum ini. Untuk menetapkan semula kata laluan, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web STR di pautan yang disediakan.
  2. Klik pada pilihan “Terlupa Kata Laluan.”
  3. Masukkan nombor MyKad 12 digit anda dan klik “Semak.”
  4. Masukkan e-mel yang didaftarkan dan klik “Seterusnya.”
  5. Semak kata kunci keselamatan yang dipaparkan dan klik “Ya.”
  6. Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya.”
  7. Masukkan kata laluan baru dan sahkan kata laluan tersebut. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan.”
  8. Anda akan menerima notifikasi bahawa penukaran ID pemohon telah berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *