Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

STR Fasa 2: Semakan & Jumlah Bayaran Bermula 3 April 2024

Untuk semakan status STR Fasa 2, anda boleh melakukannya melalui pautan berikut: Semakan STR Fasa 2

Langkah Semakan:

  1. Log masuk ke MySTR.
  2. Masukkan nombor MyKad pemohon.
  3. Sahkan kata kunci keselamatan.
  4. Paparan maklumat pemohon dan status permohonan akan dipaparkan, termasuk maklumat pembayaran Fasa 2.

Untuk mengetahui sama ada wang telah dikreditkan, klik pada butang “MAKLUMAT BAYARAN”. Jika paparan menunjukkan “DALAM PROSES PENGKREDITAN”, ini bermakna pembayaran sedang diproses.

Soalan Lazim Berkaitan STR Fasa 2 & Rayuan

Soalan 1: Saya telah membuat permohonan baharu STR 2024 pada November 2023 untuk kategori Bujang dan permohonan tersebut telah lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?

  • Jawapan: Amaun bayaran yang akan diterima adalah mengikut kadar bayaran setiap fasa permohonan. Jika permohonan STR lulus pada fasa 1, anda akan menerima bayaran STR fasa 1 sebanyak RM100, dan seterusnya mengikut bayaran fasa yang berikutnya. Rujuk Jawapan bagi Soalan 3 (c).

Soalan 2: Saya telah membuat permohonan baharu STR kategori Bujang pada Mac 2024 dan permohonan tersebut telah lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?

  • Jawapan: Kelayakan STR 2024 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda hanya akan menerima amaun bayaran bermula daripada fasa 3 dan fasa 4 sahaja.

Soalan 3: Permohonan STR 2024 saya berstatus Tidak Lulus dan saya telah membuat permohonan rayuan pada April 2024. Permohonan rayuan tersebut telah lulus bagi kategori Isi Rumah dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?

  • Jawapan: Anda akan menerima amaun bayaran bermula daripada fasa 3 dan fasa 4 sahaja mengikut kategori kelayakan terkini.

Soalan 4: Saya telah lulus permohonan STR 2024 bagi kategori bujang dan telah berkahwin pada April 2024. Saya telah membuat rayuan tambahan pada bulan Mei 2024 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah mulai bayaran fasa 3. Berapakah amaun yang akan saya terima untuk fasa seterusnya? (bujang – kahwin)

  • Jawapan: Amaun bayaran akan berubah mengikut kategori Isi Rumah. Perubahan amaun ini berlaku untuk fasa 3 dan fasa 4 sahaja. Jadual pembayaran adalah seperti berikut:
    • Fasa 1: RM100 (kategori Bujang)
    • Fasa 2: RM100 (kategori Bujang)
    • Fasa 3: Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (kategori Isi Rumah)
    • Fasa 4: Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (kategori Isi Rumah)

Soalan 5: Saya telah lulus permohonan STR 2024 kategori Isi Rumah tanpa maklumat anak dan telah mengemas kini maklumat anak pada Februari 2024. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *