Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Skim Air Darul Ehsan 2024: Bil Air Percuma Setiap Bulan

Syarat Kelayakan

Untuk memohon Skim Air Darul Ehsan (SADE), pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Warganegara Malaysia: Hanya rakyat Malaysia yang menetap di Negeri Selangor layak memohon.
  2. Pendapatan Isi Rumah: Pendapatan bulanan isi rumah mestilah RM5,000 atau kurang. Ini termasuk pendapatan pasangan bagi mereka yang sudah berkahwin atau bagi individu yang tiada pasangan/bujang.
  3. Premis Kediaman: Premis mesti mempunyai meter individu.
  4. Had Kelayakan Akaun: Setiap pemohon hanya boleh memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.

Nota: Untuk pengguna akaun meter pukal di pangsapuri kos rendah, 20 meter padu air percuma akan terus diberikan secara automatik di bawah SADE sehingga 31 Disember 2024.

Cara Permohonan

Permohonan SADE boleh dibuat dengan beberapa cara:

  1. Secara Dalam Talian: Layari portal rasmi SADE di https://ssipr.selangor.gov.my dan klik pada butang Permohonan Baharu. Isikan maklumat yang diperlukan dan tekan butang HANTAR setelah selesai.
  2. Muat Turun Borang: Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman sesawang www.airselangor.com atau diperolehi melalui kaunter perkhidmatan di sepuluh pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. Isikan borang dan hantarkan melalui emel ke iprair@airselangor.com atau kaunter perkhidmatan yang dinyatakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *