Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Semakan Status STR Fasa 1 2024

Untuk memeriksa status dan jumlah bayaran, ikuti langkah berikut:

  1. Layari Portal STR 2024 di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Tekan butang ‘Semakan Permohonan’.
  4. Status kelulusan akan dipaparkan di portal tersebut.

Status Permohonan STR

  • Permohonan Diterima: Permohonan telah diterima dan dalam proses verifikasi.
  • Dalam Proses: Permohonan sedang dalam proses verifikasi kelayakan.
  • Lulus: Permohonan menepati syarat kelayakan selepas semakan.
  • Tidak Lulus: Permohonan tidak menepati syarat kelayakan. Pemohon boleh merujuk Soalan Lazim untuk alasan dan dokumen sokongan dalam membuat rayuan.

Kadar Bantuan Penuh STR 2024

Selain Fasa 1, STR 2024 akan dibayar dalam 4 fasa sepanjang tahun:

  • Fasa 1: 29 Januari 2024
  • Fasa 2: April 2024
  • Fasa 3: Ogos 2024
  • Fasa 4: November 2024

Penambahbaikan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024

Bagi tahun 2024, terdapat penambahbaikan dalam STR melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA):

  • Penerima STR Berstatus Miskin dan Miskin Tegar: RM1,200 (RM100 sebulan)
  • Penerima Isi Rumah STR Tidak Berstatus Miskin: RM300
  • Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR Tidak Berstatus Miskin: RM150

Maklumat Lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *