Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Semakan Status Permohonan UPU 2024/2025

Bagi calon lepasan SPM atau setaraf yang telah memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam melalui UPUOnline, keputusan permohonan bagi sesi akademik 2024/2025 kini boleh disemak secara atas talian. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengumumkan bahawa semakan keputusan permohonan UPUOnline ini akan dibuka bermula 6 Ogos 2024, jam 12.00 tengah hari sehingga 15 Ogos 2024, jam 5.00 petang.

Proses Semakan Keputusan UPUOnline 2024/2025

Untuk membuat semakan keputusan, calon boleh mengakses portal rasmi UPU atau menggunakan aplikasi UPU Pocket yang disediakan oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA). Langkah-langkah semakan adalah seperti berikut:

  1. Layari salah satu daripada pautan berikut:
  2. Masukkan maklumat log masuk seperti biasa.
  3. Semak status keputusan yang dipaparkan.
  4. Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu dari 7 hingga 15 Ogos 2024.

Tarikh Penting untuk Calon Lepasan SPM dan STPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *