Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Semak Wang Tak Dituntut Online di eGumis

Selain itu, akaun bank yang tidak aktif selama tujuh tahun juga dikategorikan sebagai WTD, termasuk akaun simpanan dan akaun semasa.

Baca juga: Cuti Sekolah November & Disember 2023

Fungsi Portal eGUMIS

Portal eGUMIS menyediakan pelbagai kemudahan untuk individu dan syarikat, antaranya:

  1. Membuat bayaran serahan WTD melalui FPX.
  2. Memuat naik daftar WTD secara atas talian.
  3. Menyemak status serahan WTD.
  4. Memuat turun resit serahan WTD.
  5. Mengemaskini rekod syarikat/firma yang berdaftar.

Dengan portal ini, semakan WTD boleh dilakukan dengan lebih efisien. Berikut adalah cara membuat semakan WTD secara dalam talian.

Cara Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) Online

Untuk membuat semakan Wang Tak Dituntut melalui portal eGUMIS, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi di https://egumis.anm.gov.my/.
  2. Daftar sebagai pengguna baharu di portal eGUMIS. Anda akan menerima emel dengan kata laluan sementara.
  3. Log masuk menggunakan kata laluan sementara, dan tukar kepada kata laluan baharu.
  4. Kemaskini maklumat pengguna anda.
  5. Klik pada pautan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” dan masukkan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran syarikat untuk menyemak WTD anda. Jika ada WTD, cetak maklumat tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *