Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Semak Status Pinjaman PTPTN dan Tarikh Bayaran

Pengecualian Bayaran Balik

Pengecualian bayaran balik boleh dipohon oleh pemegang Ijazah Kelas Pertama. Dokumen yang diperlukan termasuk salinan ijazah, transkrip, dan dokumen pendapatan. Pengecualian ini boleh dibuat secara online dalam masa 12 bulan selepas tarikh konvokesyen.

Berikut senarai dokuman yang diperlukan:

  • Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol)
  • Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan
  • Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS)
  • Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah)
  • Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip)
  • Dokumen pendapatan seperti slip gajipenyata KWSP terkini, penyata cukai taksiran terkini, dan penyata pencen.

Penstrukturan Semula Pinjaman

Penstrukturan semula pinjaman PTPTN membolehkan peminjam mengubah jadual bayaran balik dan menyesuaikan ansuran bulanan mengikut kemampuan. Tempoh bayaran balik boleh dipanjangkan hingga umur 60 tahun. Caj pemprosesan dikenakan untuk penstrukturan semula selepas kali pertama.

Saluran Bayaran Balik

PTPTN menyediakan pelbagai saluran bayaran balik, termasuk potongan gaji melalui JANM dan potongan melalui Direct Debit. Peminjam boleh memilih saluran yang paling sesuai dan memastikan bayaran dibuat sebelum 27 haribulan setiap bulan untuk kemaskini penyata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *