Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Semak Slip Gaji JANM Secara Online

ePayslip JANM Mobile

Aplikasi ePayslip JANM Mobile membolehkan pengguna:

  • Memuat turun penyata gaji bulanan dan tahunan.
  • Mengemaskini profil pengguna (emel dan no telefon).
  • Menyalurkan maklum balas kepada JANM.
  • Menjana penyata gaji untuk tujuan pinjaman kewangan.

Aplikasi ini boleh dimuat turun di AppStore dan Play Store dengan mencari “ePayslip JANM”. Pastikan peranti anda mempunyai perisian PDF Reader untuk memudahkan proses muat turun dan paparan penyata.

Peringatan Penting

  • Simpan Maklumat: e-Penyata Gaji & Laporan menyimpan maklumat penyata gaji bulanan untuk tempoh 18 bulan dan penyata pendapatan tahunan untuk 7 tahun sahaja. Selepas tempoh tersebut, maklumat akan dikeluarkan dari sistem secara automatik.
  • Tanggungjawab Pengguna: Pastikan anda memuat turun maklumat yang diperlukan sebelum tempoh penyimpanan tamat.

Untuk sebarang masalah atau aduan berkaitan sistem e-Penyata Gaji, sila e-mel ke epayslip@anm.gov.my dengan menyertakan maklumat seperti Nama Penuh, No.KP, No.Gaji, dan kod-kod berkaitan. Anda juga boleh menghubungi 03-8882 1000 atau melawat halaman Facebook Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk maklumat lanjut. Pastikan semua maklumat yang disertakan adalah lengkap dan tepat untuk memastikan maklum balas yang cepat dan efisien. Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *