Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Semak Slip Gaji JANM Secara Online

e-Penyata Gaji adalah sistem dalam talian yang disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) untuk memudahkan penjawat awam Persekutuan menyemak, mengakses, dan mencetak slip penyata gaji mereka dengan cepat dan mudah. Dengan adanya sistem ini, urusan berkaitan penyata gaji seperti memohon pinjaman kewangan atau mengisi maklumat untuk bantuan kewangan menjadi lebih efisien.

Kemaskini Terbaru dan Penambahbaikan Sistem

Pada suku pertama tahun 2023, Jabatan Akauntan Negara Malaysia melaksanakan semakan tambahan (second validation) terhadap pembayaran emolumen pegawai awam. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan, dan akauntabiliti pembayaran Kerajaan.

Pegawai awam dinasihatkan untuk memastikan maklumat seperti Nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank dalam sistem iGFMAS adalah tepat dan selaras dengan maklumat di sistem bank untuk mengelakkan sebarang masalah pembayaran gaji.

Ciri Keselamatan Baharu

Sistem e-Penyata Gaji telah ditingkatkan dengan beberapa ciri keselamatan baharu, termasuk:

  1. Penetapan Kata Laluan Baharu: Pengguna perlu menetapkan kata laluan baru selepas log masuk kali pertama.
  2. Kriteria Keselamatan Kata Laluan: Kata laluan perlu mempunyai antara 8-12 karakter dengan kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor, dan aksara khas.
  3. Penggunaan Captcha: Diperkenalkan untuk memudahkan pemulihan kata laluan.
  4. Watermark Baru: Diperkenalkan pada penyata gaji untuk mengelakkan penyalinan tanpa kebenaran.
  5. Sekatan Login: Sekiranya pengguna gagal log masuk lebih dari tiga kali, akaun akan disekat. Pengguna boleh klik “Lupa Kata Laluan” untuk memulihkan akses.
  6. ePayslip JANM Mobile: Aplikasi ini dengan ciri keselamatan terkini boleh digunakan mulai Disember 2022.

Panduan Mengakses e-Penyata Gaji

  1. Layari Laman Web e-Penyata Gaji: Kunjungi laman web rasmi di https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx.
  2. Daftar Pengguna Baru: Klik pada “Pertama Kali Mendaftar” dan ikuti arahan untuk pendaftaran.
  1. Isi Maklumat: Masukkan maklumat yang diminta dengan teliti dan klik butang “OK”. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah tepat.
  1. Daftar Masuk: Log masuk menggunakan No.Kad Pengenalan atau No. Pasport serta kata laluan yang telah didaftarkan.
  2. Kemaskini Maklumat: Kemas kini profil dengan memasukkan No H/P dan alamat e-mel untuk tujuan penghantaran kata laluan sementara jika diperlukan.
  3. Muat Turun Penyata Gaji: Pilih bulan dan tahun yang diingini untuk memuat turun penyata gaji bulanan atau penyata pendapatan tahunan.

Maklumat Dalam Penyata Gaji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *