Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Semak Dividen ASB Online Mulai 1 Januari 2024

Baca juga: Cara Buka Akaun SSPN, Semak Penyata, dan Pengeluaran

Semakan Dividen ASB 2023

Semakan dividen ASB 2023 boleh dilakukan setelah urus niaga ASNB dibuka semula dan akaun dikemaskini. Pengkreditan dividen boleh disemak secara online melalui Portal MyASNB mulai 1 Januari 2024, manakala semakan di kaunter tersedia mulai 2 Januari 2024. Untuk tahun ini, ASB mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit, meningkat dari 4.6% tahun lalu.

Bagi ASBF, dividen tahun ini tidak dihadkan kepada RM30,000 unit terawal dan menawarkan pengiraan yang menguntungkan. Maklumat lanjut mengenai tarikh semakan ini boleh didapati di laman web rasmi Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Cara Semakan Dividen ASB:

  1. Daftar/Login ke myASNB: Pastikan nombor telefon anda telah dikemas kini untuk pendaftaran pertama kali.
  2. Lihat Senarai Portfolio: Paparkan portfolio pelaburan anda.
  3. Semak Penyata Kewangan: Pilih tahun kewangan dan cetak atau simpan dalam format PDF untuk rujukan.

NOTA PENTING – Berikut adalah istilah yang anda akan jumpa pada laman web paparan utama MyASNB :

  • Info dividen ASB 2023 = Tidak termasuk bonus
  • Jumlah unit = Baki pelaburan terkini
  • 5 urus niaga terkini
    • Normal reinvestment = Dividen
    • Special reinvestment = Bonus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *