Sepanjang 30 tahun sejak penubuhannya, ASB tidak pernah gagal dalam menawarkan pulangan dividen yang kompetitif. Pada tahun 1990-an, pulangan dividen pernah mencecah dua angka. Namun, dengan perubahan dalam pasaran saham dan keadaan ekonomi, pulangan dividen ASB telah berkurang dari kadar awalnya. Berikut adalah kadar agihan pendapatan ASB bagi tahun-tahun terakhir:
2022: Dividen 4.60% dengan Bonus 0.50%, jumlah kadar agihan 5.10%
2021: Dividen 4.25% dengan Bonus 0.75%, jumlah kadar agihan 5.00%
Cara Pengiraan Dividen ASB 2023
Untuk mengira dividen ASB, ikuti langkah-langkah berikut:
Dapatkan Baki Minimum Bulanan (BMB): Rekod baki terendah yang dicatatkan dalam akaun anda dari 1 Januari hingga hujung bulan setiap bulan. Kumpulkan BMB untuk 12 bulan.
Jumlahkan BMB: Campurkan semua BMB untuk 12 bulan tersebut.
Kira Purata Baki Minimum Tahunan: Bahagikan jumlah keseluruhan BMB dengan 12.
Kira Dividen: Darabkan Purata Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen dan bonus.
Contoh Pengiraan:
Jika simpanan RM10,000 dari 1 Januari hingga 31 Disember 2023 tanpa pengeluaran, dividen yang diterima adalah RM10,000 x 5.25% = RM525.
Jika simpan RM10,000 dari 1 Januari dan mengeluarkan RM5,000 pada bulan Jun, baki tinggal RM5,000 hingga akhir tahun, dividen yang diterima adalah RM218.75 + RM153.13 = RM371.88.
Jika simpan RM5,000 dari 1 Januari dan menambah RM20,000 pada bulan Disember, dividen untuk simpanan RM5,000 adalah RM262.50. Simpanan RM20,000 yang baru tidak akan mendapat dividen untuk tahun tersebut.