Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Semak dan Bayar Saman Online – PDRM, JPJ, & AES

Baca juga:

4. Sistem Semakan Online (SSO) PDRM

Sistem Semakan Online (SSO) PDRM membolehkan anda menyemak status saman trafik dan laporan polis secara dalam talian dengan mudah.

Cara Semak Saman:

  1. Layari laman web SSO di https://sso.rmp.gov.my.
  2. Daftar akaun dan log masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah anda tetapkan.
  3. Klik pada butang “Status Saman” untuk membuat semakan saman menggunakan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Plat Kenderaan anda.

5. Semakan Melalui SMS

Anda juga boleh menyemak saman melalui SMS jika tiada akses internet. Caj akan dikenakan untuk setiap mesej dihantar dan diterima.

Cara Semak Saman:

PDRM:

  1. Taip POLIS SAMAN [Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Plat Kenderaan].
  2. Hantar ke 15888 atau 32728.
  3. Contoh: POLIS SAMAN WGA 3701 atau POLIS SAMAN 940201561234.

JPJ:

  1. Taip JPJ SAMAN [Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Plat Kenderaan].
  2. Hantar ke 15888.
  3. Contoh: JPJ SAMAN 940201561234 atau JPJ SAMAN WGA 3701.

Baca juga:

6. MyBayar Saman

PDRM telah memperkenalkan aplikasi MyBayar Saman, yang membolehkan pengguna menyemak dan membayar saman dengan mudah melalui telefon pintar tanpa caj perkhidmatan.

Cara Semak dan Bayar Saman:

Pendaftaran:

  1. Tekan butang Daftar Pengguna Baharu.
  2. Isi semua Maklumat Peribadi yang diperlukan.
  3. Terima dan masukkan kod pengesahan OTP yang dihantar ke telefon bimbit anda.
  4. Log masuk ke Portal atau Aplikasi MyBayar Saman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *