Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Semak dan Bayar Saman Online – PDRM, JPJ, & AES

Pernah tak terfikir kalau anda ada saman yang belum bayar dari polis, JPJ, atau AES? Atau mungkin anda memang tak pernah check status saman langsung. Tak perlu risau, sekarang ni senang je nak semak dan bayar saman online.

Zaman dah berubah kan? Apatah lagi lepas PKP tu, banyak jabatan kerajaan macam JPJ dah mula buat sistem online untuk senangkan kita semua. Tak payah lagi la beratur kat pejabat atau kaunter. Sekarang ni, nak check ke, nak bayar saman ke, boleh buat aje kat mana-mana. Ada banyak pilihan platform lagi.

Jom tengok cara-cara senang nak semak dan bayar saman PDRM, JPJ, dengan AES secara online:

1. MyEG

Korang tau MyEG tak? Dia ni macam one-stop center la untuk banyak urusan kerajaan online. Nak renew roadtax ke, lesen memandu ke, atau nak check saman polis, JPJ, AES ke, semua boleh. Lagi best, boleh terus bayar saman kat situ juga.

Nak tau macam mana nak check dan bayar saman? Senang je:

  1. Pergi la kat website MyEG, https://www.myeg.com.my.
  2. Log in guna akaun korang. Kalau takde lagi, kena daftar la dulu.
  3. Lepas tu, cari pautan e-Services. Pilih je nak check saman mana – polis, JPJ, atau AES.
  4. Masukkan details yang dia minta, macam IC number ke, nombor plate kereta ke. Pastu tekan je butang Semak.
  5. Nanti dia akan tunjuk semua details saman korang.
  6. Kalau nak bayar terus, boleh je. Ada pilihan online banking kat situ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *