Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Semak & Bayar Cukai Pintu Selangor

Pembayaran cukai pintu adalah tanggungjawab pemilik harta atau wakilnya. Kegagalan membayar cukai ini boleh mengakibatkan penyitaan harta mengikut Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan cukai ini dijelaskan tepat pada masanya.

Bila Perlu Membayar Cukai Pintu?

Cukai pintu perlu dibayar dua kali setahun:

  • Dari 1 Januari hingga 28 Februari
  • Dari 1 Julai hingga 31 Ogos

Pemilik harta yang tidak menerima bil taksiran boleh mendapatkan bil tersebut di Pejabat Tanah/Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan yang berhampiran.

Nota :

  1. Setiap pemilik tanah dan harta (atau wakil pihaknya) hendaklah memaklumkan tentang maklumat terkini masing-masing di Pejabat Tanah/Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan rekod dan semakan.
  2. Pemilik yang tidak menerima Bil Hasil Tanah/Bil Taksiran daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) pada awal setiap tahun boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Tanah/Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berhampiran.

Cara Semak dan Bayar Cukai Pintu Secara Online

Pembayaran cukai pintu Selangor kini boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal PBTPay yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Berikut adalah langkah-langkah untuk semakan dan pembayaran:

  1. Daftar atau Log Masuk: Daftar di PBTPay jika belum mempunyai akaun, atau log masuk jika sudah berdaftar.
  2. Semakan Bil: Lawati pautan semakan, masukkan nombor akaun dan pilih PBT yang berkaitan, kemudian klik butang semak.
  3. Pembayaran: Ikuti panduan untuk melengkapkan pembayaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *