Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Pinjaman LPPSA: Panduan Permohonan, Semakan Status, dan Baki

Jumlah Had Pinjaman Yang Boleh Dimohon

Jumlah maksimum pinjaman yang boleh dimohon ditentukan berdasarkan:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap.
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih.
  • Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Anda boleh menggunakan Kalkulator Pengiraan Kelayakan yang tersedia di laman web LPPSA untuk mengira jumlah maksimum pembiayaan berdasarkan amaun hartanah dan jumlah yang dimohon.

Jenis Pembiayaan Yang Ditawarkan

LPPSA menawarkan pelbagai jenis pembiayaan, termasuk:

  • Pembelian rumah atau petak kediaman yang telah siap.
  • Pembinaan rumah di atas tanah sendiri.
  • Pembelian rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan.
  • Pembelian tanah dengan tujuan membina rumah.
  • Penyelesaian hutang pinjaman perumahan dari bank atau institusi kewangan lain.
  • Pembinaan rumah di atas tanah yang dibeli melalui pinjaman LPPSA.
  • Ubah suai rumah atau petak rumah kediaman.

Cara Permohonan Pinjaman LPPSA

Untuk memohon pinjaman LPPSA secara online, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman utama Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA di lppsa.gov.my.
  2. Daftar ID Pengguna jika ini adalah kali pertama anda menggunakan portal.
  3. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftar dan disahkan melalui e-mel.
  4. Kemaskini butiran peribadi, alamat kediaman, maklumat keluarga, dan maklumat pekerjaan.
  5. Pilih jenis permohonan (Individu atau Bersama).
  6. Masukkan maklumat awal pembiayaan, perkhidmatan, pendapatan, komitmen, maklumat pembiayaan, pemilihan insurans/takaful, dan pengesahan.
  7. Klik butang Simpan dan Hantar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *