Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Penyesuaian Caruman PERKESO untuk Pekerja Sendiri

Berikut adalah faedah yang bakal dinikmati oleh mereka yang mencarum dalam SKSPS:

  1. Faedah Perubatan
    • Rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital Kerajaan.
    • Tuntutan bayaran ganti kos rawatan boleh dibuat di Pejabat PERKESO.
  2. Faedah Hilang Upaya Sementara
    • Bayaran diberikan kepada mereka yang ditimpa bencana pekerjaan dan disahkan cuti sakit oleh doktor. Bayaran adalah antara RM30.00 hingga RM105.33 sehari bergantung pada pelan caruman.
  3. Faedah Hilang Upaya Kekal
    • Diberikan kepada mereka yang mengalami hilang upaya kekal. Bayaran adalah 90% daripada pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan. Contoh pengiraan faedah hilang upaya kekal adalah berdasarkan kadar caruman dan umur.
  4. Elaun Layanan Sentiasa
    • Diberikan kepada mereka yang memerlukan layanan khusus kerana tidak berdaya dengan teruk akibat bencana pekerjaan. Elaun bulanan sebanyak RM500.00.
  5. Faedah Orang Tanggungan
    • Dibayar kepada balu, duda, anak, ibu bapa, adik-beradik, atau datuk nenek jika orang berinsurans meninggal dunia akibat bencana pekerjaan. Bayaran adalah 90% daripada pendapatan bulanan yang diinsuranskan.
  6. Faedah Pengurusan Mayat
    • Faedah sebanyak RM2,000.00 dibayar untuk pengurusan mayat sekiranya orang berinsurans meninggal dunia akibat bencana pekerjaan atau semasa menerima faedah hilang upaya.
  7. Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
    • Permulihan jasmani seperti fisioterapi, pembedahan rekonstruktif, dan anggota tiruan serta latihan vokasional percuma.
  8. Faedah Pendidikan
    • Pinjaman atau biasiswa untuk anak kepada orang berinsurans yang meninggal dunia akibat bencana pekerjaan atau menerima faedah hilang upaya kekal.

Syarat Kelayakan dan Pendaftaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *