Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

MySalam 2024: Cara Mohon, Semak Status & Tuntutan Terbaru

Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

I. Tuntutan Penyakit Kritikal

  1. Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
  2. Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal.
  3. Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang tersebut.
  4. Log masuk ke www.mysalam.com.my, klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  5. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik:
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • Salinan dokumen pengenalan (Kad Pengenalan depan dan belakang) dalam format *.pdf atau *.jpeg.
  6. Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

II. Tuntutan Hospitalisasi

  1. Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
  2. Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik:
    • Salinan Nota Discaj
    • Salinan dokumen pengenalan (Kad Pengenalan depan dan belakang) dalam format *.pdf atau *.jpeg.
  4. Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Berapa Lama Tuntutan Diproses?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *