Mendaftar di MyFutureJobs adalah langkah pertama untuk meningkatkan peluang kerjaya anda. Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar:
Lawati Laman Web MyFutureJobs: Kunjungi laman web rasmi di www.myfuturejobs.gov.my .
Daftar Akaun: Klik pada butang ‘Jobseeker Sign In’ dan pilih ‘Register Here’ untuk pengguna kali pertama.
Isi Maklumat Peribadi: Masukkan e-mel dan nombor kad pengenalan serta maklumat lain yang diperlukan.
Log Masuk dan Cari Kerja: Selepas pendaftaran, log masuk dan cari peluang kerjaya mengikut lokasi dan bidang yang diinginkan.
Kemaskini Profil: Pastikan maklumat anda sentiasa dikemaskini untuk memudahkan permohonan kerja.
Panduan Lengkap Pencari Kerja: Rujuk PANDUAN PENCARI KERJA untuk maklumat terperinci.
Cara Memohon Pekerjaan Melalui MyFutureJobs
Untuk memohon pekerjaan melalui portal MyFutureJobs, ikuti langkah berikut:
Layari Laman Carian Kerja: Kunjungi https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs .
Carian Kerja: Lakukan carian berdasarkan jenis pekerjaan, lokasi, dan status pekerjaan (separuh masa, sepenuh masa, kontrak, freelance, dan lain-lain).
Mohon Jawatan: Klik butang ‘MOHON’ untuk memohon jawatan yang sesuai dengan kelulusan anda. Pastikan anda telah mengisi maklumat yang diperlukan dan log masuk terlebih dahulu.
Contoh Memohon Jawatan Guru Ganti
Layari Laman Utama: Kunjungi MyFutureJobs .
Cari Jawatan: Klik pada butang ‘Pencari Kerja’.
Masukkan Kata Kunci: Taipkan ‘guru ganti’ dalam ruang carian.
Klik ‘Search’: Untuk mendapatkan senarai jawatan yang tersedia.
Insentif & Manfaat Pencari Kerja 2024