Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Login IQ Nilam: Rekod Bacaan Pelajar Dalam Talian

Program NILAM, singkatan dari ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca’, diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak 1999 untuk memupuk tabiat membaca di kalangan pelajar. Dengan kemajuan teknologi, iQ NILAM kini menggantikan kaedah tradisional buku NILAM dengan sistem perekodan bacaan digital. Artikel ini menyediakan panduan lengkap tentang cara menggunakan iQ NILAM untuk merekod bahan bacaan murid dalam talian.

Apakah iQ NILAM?

iQ NILAM, atau Index Quality NILAM, adalah platform digital yang memudahkan perekodan dan pemantauan program bacaan NILAM. Dengan menggunakan sistem ini, murid dapat merekodkan aktiviti bacaan mereka secara atas talian tanpa perlu mengisi buku rekod secara manual. Ini juga memudahkan guru dalam mengakses dan memindahkan data bacaan dengan lebih cepat dan efisien.

Kredit: Panduan Sistem Bacaan NILAM Johor

Cara Log Masuk & Rekod Bacaan Untuk Murid

  1. Log Masuk
    • Lawati laman web iQ NILAM di https://iqnilam.moe.gov.my.
    • Masukkan ID DELIMA dan kata laluan yang diberikan oleh pihak sekolah.
    • Contoh ID DELIMA: m-11065567, Password: abcd@1234 (jangan ubah).
  2. Rekod Bacaan
    • Setelah log masuk, borang Maklumat Bacaan Murid akan dipaparkan.
    • Isikan maklumat berikut:
      • Tajuk Buku
      • Pilihan Bahasa
      • Tahun Terbitan
      • Pengarang
      • Penerbit
      • Jenis Bahan Bacaan (Buku Fiksyen, Buku Bukan Fiksyen, Bukan Buku, Bahan Digital)
      • Rumusan
      • Aktiviti Pengayaan
      • Aktiviti Lain-lain (jika ada)
    • Klik butang “SIMPAN” setelah selesai mengisi borang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *