Physical Address
Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Physical Address
Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Jika anda ahli KWSP yang telah menukar nombor telefon dan mengalami kesukaran dalam membuat permohonan i-Citra atau Pengeluaran Khas, anda boleh mengemaskini nombor telefon anda tanpa perlu hadir ke kaunter KWSP. Berikut adalah panduan lengkap untuk kemaskini nombor telefon KWSP dan cara meneruskan permohonan anda.
Jika anda perlu mengemaskini nombor telefon TAC / OTP yang telah didaftarkan, anda perlu hadir ke kios KWSP berdekatan. Proses ini memerlukan pengesahan MyKad dan cap ibu jari. Untuk mencari lokasi kios KWSP terdekat, lawati pautan ini.
Selain di kios, anda juga boleh mengemaskini nombor telefon anda di kaunter atau cawangan KWSP yang dibuka. Pastikan anda membawa MyKad dan dokumen sokongan yang diperlukan.
Jika anda ingin mengelakkan keperluan untuk mengemaskini nombor telefon di kios, anda boleh memilih untuk menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan semasa permohonan. Pastikan anda menjawab dengan betul kerana soalan tersebut berkaitan dengan soalan keselamatan yang ditetapkan semasa permohonan i-Sinar sebelum ini.