Trending Sekarang
6 Pilihan Coffee Maker di Bawah RM150 untuk Para Pencinta Kopi
Jenis Bantuan JKM dan Kadar Bayaran
JKM menawarkan pelbagai jenis bantuan kewangan dengan kadar bayaran yang berbeza mengikut kategori:
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
- Kadar: RM100 hingga RM450 sebulan.
- Kelayakan: Kanak-kanak bawah 18 tahun atau berumur 18 tahun ke atas jika masih bersekolah.
- Elaun Pekerja Cacat
- Kadar: RM400 sebulan.
- Kelayakan: OKU yang bekerja dengan pendapatan bulanan RM1,200 atau kurang.
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
- Kadar: RM250 sebulan.
- Kelayakan: OKU yang tidak berupaya bekerja dengan sumber kewangan bawah PGK.
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Kadar: RM350 sebulan.
- Kelayakan: Penjaga sepenuh masa untuk OKU terlantar atau pesakit kronik dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.
- Bantuan Orang Tua (BOT)
- Kadar: RM350 sebulan.
- Kelayakan: Warga emas berumur 60 tahun ke atas dengan pendapatan isi rumah di bawah PGK.
- Bantuan Am Persekutuan
- Kadar: RM100 sebulan, maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
- Kelayakan: Keluarga miskin yang tidak layak di bawah bantuan lain.
- Bantuan Anak Pelihara (BAP)
- Kadar: RM250 sebulan seorang, maksimum RM500 sebulan sekeluarga.
- Kelayakan: Keluarga yang memelihara anak-anak tanpa ibu bapa.
- Bantuan Latihan Perantis (BLP)
- Kadar: RM200 sebulan.
- Kelayakan: Anak penerima bantuan atau bekas pelatih dari institusi kebajikan.
- Bantuan Geran Pelancaran (GP)
- Kadar: Maksimum RM2,700 sekaligus.
- Kelayakan: Kumpulan sasar JKM dengan pendapatan bawah PGK.
- Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan (BAT)
- Kadar: Mengikut harga sebenar yang ditetapkan.
- Kelayakan: OKU dengan pendapatan bawah PGK dan disyorkan oleh pegawai perubatan.
- Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas
- Kadar: Maksimum RM20,000 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal.
Memohon dan Mengurus Bantuan JKM