Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

eOperasi KPM: Semak & Kemas Kini Maklumat (eoperasi.moe.gov.my)

Sistem e-Operasi merupakan platform yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memudahkan pengurusan data dan maklumat guru secara dalam talian. Sistem ini adalah sebahagian daripada Modul Pengurusan Guru yang membolehkan guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di bawah KPM untuk mengemaskini dan mengesahkan maklumat mereka dengan tepat dan mudah.

Pengesahan & Pengemaskinian Maklumat e-Operasi

Bagi sesi 2023/2024, semua pengguna e-Operasi yang terdiri daripada guru dan AKP diwajibkan untuk membuat semakan dan pengemaskinian maklumat bermula dari 5 Januari 2023 hingga 31 Januari 2023. Proses ini penting untuk memastikan maklumat yang terdapat dalam sistem adalah sahih dan terkini, selaras dengan prosedur yang dinyatakan dalam Surat Siaran PENETAPAN PROSEDUR PENGEMASKINIAN DAN VERIFIKASI DATA GURU.

Setiap pengguna perlu memastikan bahawa semua maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan menandakan (√) pada bahagian pengesahan. Sekiranya terdapat sebarang perubahan atau kemas kini yang diperlukan, pengguna harus merujuk kepada Penolong Kanan dengan dokumen sokongan yang berkaitan.

Penolong Kanan serta Pengetua/Guru Besar/ Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan semua guru dan AKP telah melaksanakan proses pengesahan maklumat. Manakala, pihak admin di Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu memastikan sekolah-sekolah di bawah kawalan mereka melengkapkan proses verifikasi data sebelum 31 Januari 2023.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *