Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Doa Akhir & Awal Tahun Hijrah 1446 / 2024 (JAKIM)

Dalam Rumi: “Allahumma antal abadiyyul qadîmul awwal. Wa ‘ala fadhlikal ‘azhimi wa karimi judikal mu’awwal. Hadza ‘amun jadidun qad aqbal. As’alukal ‘ishmata fihi minas syaithani wa auliya’ih, wal ‘auna ‘ala hadzihin nafsil ammarati bis su’i, wal isytighala bima yuqarribuni ilaika zulfa, ya dzal jalali wal ikram.”

Ertinya: “Ya Tuhanku, Engkau yang Abadi, Qadim, dan Awal. Atas karuniaMu yang besar dan kemurahanMu yang mulia, Engkau menjadi pintu harapan. Tahun baru ini sudah tiba. Aku berlindung kepadaMu dari pujukan iblis dan para walinya di tahun ini. Aku pun mengharap pertolonganMu dalam mengatasi nafsu yang kerap mendorongku berlaku jahat. KepadaMu, aku memohon bimbingan agar urusan keseharian mendekatkanku pada rahmatMu. Wahai Tuhan Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan.”

Amalan Tambahan

Selain membaca doa, kita digalakkan untuk memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, terutama pada hari Jumaat. Perbanyakkanlah amalan baik dan doakan agar tahun ini dipenuhi dengan rahmat dan keberkatan daripada Allah. Juga, jangan lupa untuk mendoakan kebaikan bagi sahabat handai kita.

Memandangkan Awal Muharam juga jatuh pada hari Jumaat, jom ambil kesempatan ini untuk kita semua berselawat dan jangan lupa baca surah al Kahfi ya.

اَللهُم صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آل سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *