Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Dividen Koperasi Tentera: Tarikh Bayar & Semak

Perkhidmatan Pajak Gadai Ar-Rahnu (AR-RahnuKT) juga popular, dengan dua produk utama iaitu Ar-Rahnu Prihatin yang menawarkan pinjaman sehingga RM5,000 dan Ar-Rahnu Prima yang menawarkan pinjaman sehingga RM100,000.

Pembayaran Dividen 2023 – Terkini

Dividen Koperasi Tentera bagi tahun 2023 akan mula dibayar kepada anggota pada 16 Julai 2024. Anggota boleh membuat semakan dividen melalui sistem pesanan ringkas (SMS) bermula 11 Julai 2024 dengan menghantar mesej “KT DIV NO.MyTentera/MyKad” ke nombor 33310.

Anggota juga digalakkan untuk menggunakan aplikasi KT Online bagi pengeluaran dividen yang lebih cepat melalui pilihan DuitNow. Bagi mereka yang belum mendaftar, pengeluaran juga boleh dibuat di kaunter cawangan KT mulai 16 Julai 2024.

Baca juga: MyJPJ: Renew Lesen & Roadtax Digital

Notis Penting Kemaskini KT Online

Untuk memudahkan proses pengeluaran dividen, ahli KT perlu memastikan akaun KT Online mereka aktif. Jika tidak mempunyai akaun atau terlupa kata laluan, pendaftaran dan pengaktifan semula boleh dilakukan di cawangan KT berdekatan atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan di talian 03-2303 0000.

Apa Itu KT Online?

KT Online adalah sistem koperasi tentera yang dibangunkan untuk memudahkan ahli melakukan transaksi kewangan secara dalam talian. Melalui sistem ini, ahli boleh menyemak baki akaun, melakukan pindahan wang, dan pembayaran untuk akaun pembiayaan serta takaful. Aplikasi ini boleh diakses melalui telefon pintar Android dan iOS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *