Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

DELIMa 2.0 KPM: Log Masuk & Tebus Baucar Buku RM100

DELIMa 2.0, atau Digital Educational Learning Initiative Malaysia versi 2.0, merupakan pelantar pembelajaran digital yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Platform ini adalah sebahagian daripada usaha Education 4.0, yang menyokong Revolusi Perindustrian Keempat dengan memperkenalkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

DELIMa 2.0 menggabungkan ciri pembelajaran peribadi, pengalaman pengguna yang dipertingkatkan, dan penggunaan analisis data untuk memajukan proses pengajaran dan pembelajaran di Malaysia.

Ciri Baharu dalam DELIMa 2.0

DELIMa 2.0 membawa pelbagai penambahbaikan untuk guru dan pelajar, termasuk:

  • Pengalaman Pengguna (User Experience) Baharu: Paparan yang lebih mesra pengguna dan disesuaikan mengikut keperluan individu.
  • Chatbot DELIMa: Membantu menjawab pertanyaan mengenai platform ini.
  • Pautan Berkaitan: Memudahkan akses ke laman web rasmi seperti e-Operasi, APDM, dan SPLKPM.

Cara Login DELIMa 2.0

Untuk log masuk ke DELIMa 2.0, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Kunjungi pautan DELIMa 2.0.
  2. Tandakan kotak ‘Accept Terms & Conditions’.
  3. Klik butang ‘Click Here To Login’.
  4. Masukkan Username dan Kata Laluan yang diberikan oleh pihak sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *