Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Daftar dan Semak Baki/Dividen ASB dengan MyASNB

Setelah log masuk, anda boleh menyemak baki pelaburan, menambah pelaburan, dan mengemaskini maklumat anda.

Baca juga:

Cara Buka Akaun ASNB Online (Daftar Akaun Baru)

Dengan ciri terbaru portal myASNB, anda kini boleh membuka akaun baharu secara online. Pelaburan permulaan hanya serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB.

Cara Buat Semakan Baki / Dividen

Pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2024. Urus niaga ASB akan ditangguhkan dari 22 hingga 31 Disember 2023 untuk pengiraan pendapatan dan bonus. Anda boleh menyemak baki dan penyata akaun melalui portal myASNB atau aplikasi mudah alih mulai 1 Januari 2024, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB mulai 2 Januari 2024.

Langkah-langkah untuk semakan baki:

  1. Log masuk ke www.myasnb.com.my.
  2. Klik menu ‘Akaun Saya’.
  3. Jumlah baki terkini akan dipaparkan.
  4. Anda boleh memuat turun penyata bagi tahun terkini atau tahun sebelumnya melalui menu ‘Penyata’.

Cara Buat Pengeluaran ASB Online

Had pengeluaran online dinaikkan ke RM2,000 sebulan untuk memberikan fleksibiliti lebih besar. Pengeluaran minima adalah RM100 dan hanya tiga transaksi dibenarkan sebulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *