Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Cara Memohon Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) YaPEIM Tahun 2020

Permohonan telah dibuka pada Disember tahun lalu dan akan ditutup pada penghujung Januari 2020. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian dengan mengisi borang di sini, atau melalui emel dengan melampirkan borang dan dokumen sokongan ke alamat [email protected].

Syarat Kelayakan

  • Permohonan mesti atas nama ibu/bapa/penjaga.
  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  • Mendapat surat tawaran pengajian dari sekolah/IPT di dalam dan luar negara.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan.
  • Setiap keluarga boleh memohon lebih dari satu jika setiap anak memenuhi kriteria.

Pemohon yang layak juga boleh memohon bantuan kali kedua, bergantung kepada dana yang tersedia. Bantuan akan diagihkan melalui serahan tunai atau pindahan akaun selepas permohonan diluluskan.

Dokumen Sokongan

Senarai dokumen yang diperlukan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan kad pengenalan suami, isteri, dan tanggungan.
  • Surat pengangkatan JPN/akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung.
  • Salinan sijil nikah/sijil kematian/sijil cerai.
  • Salinan penyata gaji suami dan isteri/pencen/surat pengesahan pendapatan terkini.
  • Salinan surat tawaran atau pendaftaran sekolah/surat akuan dari pihak sekolah.
  • Salinan surat tawaran institusi dan kad pelajar.
  • Salinan senarai yuran persekolahan/Institut Pengajian Tinggi.
  • Salinan penyata akaun bank penerima manfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *