Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Cara Membayar Bil Air Selangor

Pelanggan yang tidak mendaftar juga boleh membuat aduan atau melakukan pembayaran tanpa perlu log masuk.

Cara Mendaftar di Portal Air Selangor

Untuk menggunakan semua kemudahan yang disediakan, langkah pertama ialah mendaftar akaun di portal Air Selangor. Berikut adalah panduan pendaftaran:

  1. Muat turun aplikasi Air Selangor dari Google Play Store atau App Store, atau layari laman web rasmi di www.airselangor.com.
  2. Klik pada butang “Pendaftaran” dan isikan maklumat yang diperlukan, seperti nama penuh, alamat emel, nombor telefon, dan kata laluan.
  3. Sahkan pendaftaran dengan klik “Saya Setuju”.
  4. Setelah akaun didaftarkan, log masuk dengan memasukkan emel dan kata laluan anda.
  5. Tambah akaun bil air anda dengan memasukkan nombor akaun bil yang tertera pada bil fizikal anda.
  6. Anda juga akan diminta untuk mendaftar e-Bil. Pilih sama ada anda ingin bil dihantar melalui WhatsApp atau emel, kemudian sahkan dengan memasukkan kod TAC yang dihantar ke telefon bimbit anda.

Baca juga: Bayaran Bil Elektrik Melalui Talian

Cara Membayar Bil Air Selangor Secara Online

Setelah akaun anda didaftarkan, anda boleh membuat pembayaran bil air dengan mudah melalui aplikasi Air Selangor. Berikut adalah cara untuk membuat pembayaran:

  1. Log masuk ke aplikasi Air Selangor.
  2. Pada halaman utama, jumlah bil terkini akan dipaparkan. Klik pada butang “Bayar Bil”.
  3. Anda boleh memilih untuk membayar keseluruhan jumlah atau hanya sebahagian.
  4. Pilih bank anda dan teruskan ke halaman log masuk bank untuk melengkapkan pembayaran.
  5. Setelah pembayaran berjaya, notis pembayaran akan dipaparkan, dan anda boleh menyimpan atau mencetak resit tersebut untuk rujukan masa hadapan.

Semakan Sejarah Pembayaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *