Physical Address
Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Physical Address
Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
LHDN ada cara lain jugak tau untuk bayar cukai. Boleh guna kad kredit, tapi kena pergi Pusat Pengurusan Terimaan Hasil (PPTH) Kuala Lumpur je. Takde tempat lain boleh. Oh ya, kalau guna kad kredit ni, kena bayar sikit caj tambahan. Diorang ambil 0.8% je, tak banyak pun.
Tapi kalau tak nak guna kad kredit pun, ada cara lain:
PPTH LHDNM | |||
Bil. | Jenis Bayaran Cukai | Medium Bayaran | Rujukan Bayaran |
1. | Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) – Pegangan cukai 3% oleh pemeroleh hartanah di bawah seksyen 21B Akta CKHT 1976 (Borang CKHT502) | Tunai Bank draft | Nombor Bil |
2. | Cukai Pendapatan Penghibur Awam (Seniman Kembara) | Tunai Bank draft | Nombor Bil |
3. | Cukai Pegangan | Tunai Bank draft | Nombor Bil |
4. | Bayaran Kompaun | Tunai Bank draft | Nombor Bil |
5. | Cukai Pendapatan | Kad Kredit/Kad Debit yang dikeluarkan dalam Malaysia sahaja | Nombor Bil |
Baca juga: Cara Cepat dan Murah Dapat Koin TikTok Malaysia
Dengar ni, kalau nak bayar cukai guna pos pun boleh. Tapi kena ingat, tak boleh hantar duit cash. Kena guna cek atau draf bank je. Lepas tu, hantar kat PPTH Kuala Lumpur. Oh ya, jangan lupa. Bila tulis cek tu, kena tulis atas nama “KETUA PENGARAH HASIL DALAM NEGERI”. Jangan silap eja pulak! Kalau syarikat yang bayar, ada satu benda lagi kena buat. Kena tulis nombor rujukan cukai kat belakang cek tu. Senang orang LHDN nak check nanti.
Bil. | Jenis Bayaran Cukai | Medium Bayaran | Rujukan Bayaran |
---|---|---|---|
1. | Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) – Pegangan cukai 3% oleh pemeroleh hartanah di bawah seksyen 21B Akta CKHT 1976 (Borang CKHT502) | Bank draft | Nombor Bil |
2. | Cukai Pendapatan Penghibur Awam (Seniman Kembara) | Bank draft | Nombor Bil |
3. | Cukai Pegangan | Bank draft | Nombor Bil |
4. | Bayaran Kompaun | Bank draft | Nombor Bil |
5. | Bayaran Cukai Pendapatan bagi bayaran pendahuluan dan ansuran kes Audit, Siasatan dan Guaman Sivil menggunakan Cek/ Post Dated Cheque (PDC) yang telah dikemukakan kepada LHDNM sebelum 1 Ogos 2023 | Cek Bank draft | Nombor Bil |
6. | Bayaran potongan cukai 2% terhadap pembayaran komisyen oleh syarikat pembayar kepada ejen, pengedar atau pengagih (Seksyen 107D, Akta Cukai Pendapatan 1967) | Cek Bank draft | Nombor Bil |