Portal ByrHASIL menyediakan kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk membayar cukai pendapatan tahunan mereka dengan mudah dan cepat secara dalam talian. Sistem ini direka untuk memudahkan urusan cukai anda, mengurangkan kesulitan dan mempercepatkan proses pembayaran. Berikut adalah panduan lengkap untuk memanfaatkan sistem ini.
Setiap rakyat Malaysia yang layak diwajibkan untuk membuat pentaksiran cukai pendapatan tahunan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Pentaksiran ini dilakukan dengan mengisi borang e-filing yang disediakan oleh LHDN. Berdasarkan e-filing tersebut, anda akan tahu jika anda perlu membayar cukai atau tidak. Jika pendapatan anda belum mencapai had yang ditetapkan, anda tidak perlu membayar cukai.
Tarikh Akhir Pembayaran:
Untuk pekerja swasta dan kakitangan kerajaan: Sebelum 30 April.
Untuk pemilik perniagaan: Sebelum 30 Jun.
Kemudahan Sistem ByrHASIL
ByrHASIL adalah perkhidmatan dalam talian yang membolehkan pembayaran cukai dilakukan dengan mudah. Terdapat dua kaedah utama untuk membuat pembayaran melalui ByrHASIL:
Langkah 2: Klik pada ikon kad kredit (Visa, Mastercard, American Express).
Langkah 3: Pilih jenis pengenalan, masukkan nombor pengenalan dan kod keselamatan.
Langkah 4: Klik butang “Submit”.
Langkah 5: Pilih kod dan jenis bayaran, tahun pentaksiran, dan jenis kad kredit.
Langkah 6: Masukkan amaun cukai dan klik butang “Hantar”.
Langkah 7: Lengkapkan pembayaran dengan maklumat kad kredit anda.
Maklumat Tambahan
Pengesahan Bayaran: Pembayar dinasihatkan agar tidak membuat lebih daripada satu bayaran pada satu masa jika tidak menerima status bayaran. Status bayaran boleh disemak melalui e-Lejar dalam tempoh 3 hari bekerja atau hubungi LHDNM untuk maklumat lanjut.