Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Bayaran Akaun 3 KWSP: Cara dan Tarikh Kredit

  1. Baki Simpanan RM3,000 ke Atas:
    • 10/30 dari baki Akaun Sejahtera dipindahkan ke Akaun Fleksibel.
    • 15/30 kekal dalam Akaun Sejahtera.
    • 5/30 dipindahkan ke Akaun Persaraan.
  1. Baki Simpanan Kurang dari RM3,000:
    • Untuk simpanan RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel.
    • Untuk simpanan antara RM1,000 hingga RM3,000, maksimum RM1,000 dipindahkan ke Akaun Fleksibel, baki kekal dalam Akaun Sejahtera.
    • Tiada pemindahan ke Akaun Persaraan untuk simpanan kurang dari RM3,000.

Tarikh Permohonan

Pilihan untuk memindahkan amaun permulaan boleh dibuat dari 12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024. Pemindahan ini hanya boleh dilakukan sekali dan tidak boleh dibatalkan. Sekiranya tiada pemindahan yang dibuat, baki dalam Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel sedia ada akan kekal seperti sedia ada.

Tarikh Kelulusan dan Pengkreditan Bayaran

Permohonan untuk pemindahan amaun ke Akaun Fleksibel akan diluluskan dalam tempoh 3-5 hari bekerja. Bayaran pengeluaran dari Akaun Fleksibel akan diproses dan dikreditkan ke akaun bank ahli dalam tempoh 7 hari bekerja selepas kelulusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *