Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Akaun 3 KWSP – Pengeluaran dan Pemindahan Fleksibel

Pengeluaran Dari Akaun 3

Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel dengan syarat berikut:

  • Semua ahli KWSP, termasuk warganegara dan bukan warganegara.
  • Belum mencapai umur 55 tahun.
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel.
  • Jumlah pengeluaran minimum adalah RM50.

Pengeluaran boleh dilakukan melalui i-Akaun KWSP atau di cawangan KWSP yang berdekatan. Ahli yang belum mendaftar i-Akaun digalakkan untuk melakukannya bagi memudahkan urusan pengeluaran.

Cara Membuat Pemindahan ke Akaun 3

Untuk memindahkan simpanan ke Akaun Fleksibel, ahli perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk ke i-Akaun KWSP.
  1. Pilih menu “Pemindahan” di laman utama.
  1. Baca penerangan yang diberikan dan klik “Teruskan”.
  1. Ahli boleh memilih untuk memindahkan amaun yang dikehendaki daripada Akaun 2 (Akaun Sejahtera) ke Akaun Fleksibel.
  1. Selepas memilih amaun dan bersetuju dengan terma dan syarat, klik “Terima”.

Proses pemindahan akan mengambil masa 3-5 hari bekerja. Harap maklum bahawa pemindahan ini hanya boleh dilakukan sekali sahaja, dan tarikh akhir pemindahan adalah pada 31 Ogos 2024.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *