Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Semak dan Bayar Saman Online – PDRM, JPJ, & AES

Anda mungkin tertanya-tanya jika anda mempunyai saman tertunggak dari pihak PDRM, JPJ, atau AES. Atau mungkin anda tidak pernah menyemak status saman anda sebelum ini. Jangan risau, kini anda boleh menyemak dan membayar saman secara online dengan mudah.

Seiring dengan perkembangan teknologi dan susulan Perintah Kawalan Pergerakan, banyak agensi kerajaan seperti JPJ telah memperkenalkan perkhidmatan dalam talian untuk kemudahan rakyat. Kini, anda tidak perlu ke pejabat atau kaunter, kerana semakan dan pembayaran saman boleh dilakukan di mana-mana sahaja melalui beberapa platform yang disediakan.

Berikut adalah beberapa cara mudah untuk menyemak dan membayar saman PDRM, JPJ, dan AES secara online:

1. MyEG

MyEG menyediakan pelbagai perkhidmatan kerajaan secara dalam talian seperti pembaharuan cukai jalan, pembaharuan lesen memandu, dan semakan saman PDRM, JPJ, serta AES. Anda juga boleh melakukan pembayaran saman terus melalui MyEG.

Cara Semak dan Bayar Saman:

  1. Layari laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my.
  2. Log masuk menggunakan maklumat akaun anda. Jika belum mempunyai akaun, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.
  3. Klik pada pautan e-Services, kemudian pilih sama ada untuk menyemak saman PDRM, JPJ, atau AES.
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan, seperti nombor kad pengenalan atau nombor kenderaan, dan tekan butang Semak.
  5. Maklumat lengkap berkaitan saman anda akan dipaparkan.
  6. Anda boleh membuat pembayaran saman secara terus melalui perbankan dalam talian yang disediakan.

Baca juga:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *