Physical Address
Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Physical Address
Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Portal myASNB telah dilancarkan sebagai satu kemudahan penting untuk pemegang akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Dengan adanya portal ini, anda kini tidak perlu lagi beratur panjang di cawangan ASNB untuk melakukan urusan simpanan, pelaburan tambahan, atau semakan baki dan dividen. Semua transaksi boleh dilakukan dengan mudah dari rumah melalui telefon pintar atau komputer riba.
Sejak 3 Mac 2022, anda juga boleh melakukan pengeluaran ASB secara online melalui myASNB, dengan had pengeluaran sebanyak RM2,000 sebulan, menjadikannya lebih fleksibel untuk perancangan kewangan anda.
Portal myASNB adalah platform dalam talian yang dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Ia direka untuk memudahkan pelanggan melihat pegangan mereka dan melaksanakan urus niaga secara online pada bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja.
Portal myASNB menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk kemudahan pemegang unit, termasuk: