Physical Address

Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

Cara Buka Akaun SSPN, Semak Penyata, dan Pengeluaran

Sekiranya anda bercadang untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk anak-anak, kini anda boleh melakukannya secara online tanpa perlu beratur di kaunter atau mengunjungi pejabat. Artikel ini akan membimbing anda tentang cara pendaftaran, semakan penyata, dan pengeluaran akaun SSPN.

Pengenalan kepada SSPN

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah produk simpanan yang disediakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk tujuan pendidikan tinggi. SSPN kini dikenali sebagai SSPN PRIME (sebelumnya SSPN-i), yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar” dan patuh Syariah. SSPN PLUS pula, yang dahulu dikenali sebagai SSPN-i Plus, menawarkan manfaat tambahan melalui kerjasama dengan syarikat takaful.

I) SSPN PRIME

SSPN PRIME, diperkenalkan pada tahun 2004, bertujuan untuk memupuk budaya menabung di kalangan ibu bapa untuk pendidikan tinggi anak-anak. Manfaat yang ditawarkan termasuk dividen tahunan, pelepasan cukai pendapatan sehingga RM8,000, geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma, dan khairat kematian. Produk ini menjamin simpanan dan memberi peluang kepada pendeposit untuk memohon pinjaman PTPTN.

Syarat-Syarat:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendeposit berumur 18 tahun ke atas
  • Penerima manfaat berumur dari 1 hari hingga sebelum 29 tahun
  • Penerima manfaat adalah diri sendiri, anak kandung, atau anak jagaan sah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *