Physical Address
Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Physical Address
Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Cuaca yang tidak menentu sering kali menyebabkan ramai di antara kita mengalami batuk dan kegatalan tekak. Batuk yang berpanjangan bukan sahaja mengganggu aktiviti harian, malah membuatkan kita tidak selesa. Jika pelbagai cara telah dicuba namun masalah ini masih belum reda, apa kata anda cuba beberapa cara hilangkan batuk yang boleh dilakukan dari rumah? Berikut adalah lima cara yang mudah dan efektif untuk melegakan batuk anda.
Minum air suam adalah antara cara yang paling mudah dan sering diamalkan sejak dahulu lagi untuk melegakan batuk. Air suam, terutama jika dicampur dengan lemon, halia, atau madu, dapat memberikan kesan melegakan yang cepat. Minuman ini bukan sahaja membantu melegakan batuk, tetapi juga dapat mengurangkan rasa tidak selesa pada tekak. Selain itu, pastikan anda minum air secukupnya untuk membantu paru-paru mengeluarkan lendir dan membersihkan saluran pernafasan.
Halia adalah herba yang kaya dengan kandungan antiradang dan sering digunakan dalam perubatan tradisional. Ia berkesan dalam meredakan batuk basah, batuk kering, dan asma. Kandungan aktif dalam halia juga membantu merehatkan sel membran pada saluran pernafasan, yang seterusnya dapat mengurangkan batuk. Namun, perlu diingat bahawa penggunaan halia yang berlebihan boleh menyebabkan ketidakselesaan perut, jadi gunakanlah dengan berhati-hati.