Physical Address
Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Physical Address
Wisma UOA II, No. 21 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 yang akan mula dibayar pada 3 April 2024. Pembayaran ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk meringankan beban kewangan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40).
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah program bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan Malaysia sebagai kesinambungan dari inisiatif sebelumnya seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). STR diperkenalkan pada 16 Januari 2023 oleh Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim, dengan penjenamaan semula untuk lebih selari dengan keadaan semasa rakyat Malaysia.
STR 2024 telah diperuntukkan sejumlah hampir RM8 bilion yang akan disalurkan kepada 8.7 juta penerima yang layak. Skim ini menawarkan bantuan kewangan hingga RM3,100 kepada keluarga yang memerlukan.
Pembayaran STR Fasa 2 akan bermula pada 3 April 2024 (Rabu). Tarikh ini diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri semasa Majlis Perjumpaan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri.
Untuk makluman, penerima Fasa 2 adalah mereka yang telah menerima bayaran Fasa 1 dan telah disemak silang dengan data kematian pemohon atau pasangan hingga 28 Februari 2024. Permohonan baharu dan kemas kini STR yang tidak layak untuk Fasa 1 dan Fasa 2 akan menerima bayaran pada Fasa 3 jika layak.