e-Penyata Gaji adalah sistem dalam talian yang disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) untuk memudahkan penjawat awam Persekutuan menyemak, mengakses, dan mencetak slip penyata gaji mereka dengan cepat dan mudah. Dengan adanya sistem ini, urusan berkaitan penyata gaji seperti memohon pinjaman kewangan atau mengisi maklumat untuk bantuan kewangan menjadi lebih efisien.
Kemaskini Terbaru dan Penambahbaikan Sistem
Pada suku pertama tahun 2023, Jabatan Akauntan Negara Malaysia melaksanakan semakan tambahan (second validation) terhadap pembayaran emolumen pegawai awam. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan, dan akauntabiliti pembayaran Kerajaan.
Pegawai awam dinasihatkan untuk memastikan maklumat seperti Nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank dalam sistem iGFMAS adalah tepat dan selaras dengan maklumat di sistem bank untuk mengelakkan sebarang masalah pembayaran gaji.
Ciri Keselamatan Baharu
Sistem e-Penyata Gaji telah ditingkatkan dengan beberapa ciri keselamatan baharu, termasuk:
Penetapan Kata Laluan Baharu: Pengguna perlu menetapkan kata laluan baru selepas log masuk kali pertama.
Kriteria Keselamatan Kata Laluan: Kata laluan perlu mempunyai antara 8-12 karakter dengan kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor, dan aksara khas.
Penggunaan Captcha: Diperkenalkan untuk memudahkan pemulihan kata laluan.
Watermark Baru: Diperkenalkan pada penyata gaji untuk mengelakkan penyalinan tanpa kebenaran.
Sekatan Login: Sekiranya pengguna gagal log masuk lebih dari tiga kali, akaun akan disekat. Pengguna boleh klik “Lupa Kata Laluan” untuk memulihkan akses.
ePayslip JANM Mobile: Aplikasi ini dengan ciri keselamatan terkini boleh digunakan mulai Disember 2022.